PORTAL RASMI

SEKOLAH KEBANGSAAN KING GEORGE V

Kata Aluan Guru Besar

 

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Frog VLE, Sekolah Kebangsaan King George V, di atas kejayaan membangunkan dashboard ini. Saya yakin, perancangan yang teliti telah direncanakan bagi memastikan laman yang dibangunkan adalah yang bermutu terutamanya dari segi antaramuka dan kandungannya.

 


Kita semua maklum melalui internet pelbagai maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Kewujudan laman web bagi sesebuah organisasi itu amat perlu. Melaluinya, pelbagai maklumat seperti profil organisasi, maklumat kakitangan, aktiviti organisasi dan sebagainya dapat disalurkan kepada pengguna dari semasa ke semasa.

 


Selain itu kemudahan perkhidmatan atas talian seperti borang elektronik merupakan faktor utama dimana sesuatu laman web akan sentiasa dikunjungi oleh pengguna internet. Namun begitu kesahihan setiap maklumat yang disalurkan amatlah penting dan perlu diberi perhatian.

 


Akhir kata, syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat serta komitmen yang ditunjukkan dalam membangunkan laman web ini. Semoga laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi memastikan maklumat yang disalurkan adalah yang terkini.

 


Sekian, terima kasih.

 


EN. MOHAMMAD YUNUS BIN ABD RAHMAN


Guru Besar,

SKKGV Negeri Sembilan Darul Khusus