Sejarah Sekolah
![]() |
SEJARAH RINGKAS
|
![]() |
ETOS SEKOLAH Bidang Bahasa merupakan Etos Akademik yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Mandarin. Etos Sains dipilih bagi Bidang Kokurikulum yang terdiri daripada Doktor Muda, Robotik dan Inovasi.
Etos Bahasa Program Keselamatan Jalan Raya adalah salah satu elemen dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi Etos SBT kerana melalui pertandingan Keselamatan Jalan Raya, SK KGV telah menjadi Johan Peringkat Negeri dan Kebangsaan dalam Pertandingan Keselamatan Jalan Raya pada tahun 2014 dan 2015 . Bahasa Inggeris merupakan salah satu unit dalam Etos Bahasa dan sering menyertai pertandingan di peringkat Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Etos Sains Robotik Robotik mula bertapak pada tahun 2005 di SK KGV dengan pembelian 3 unit set robotik LEGO RCX dan seterusnya sekolah menerima bekalan 11 set unit NXT dari Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Pengasas robotik di SK KGV ialah En Abdul Mutalib bin Shariff dan En. Zaini bin Mohamed. Pada 2008, Kelab Robotik dikenali sebagai KGV RC di bawah bimbingan Tn. Haji Ahmad Faizal b Abd Wahab dan menempa kejayaan di peringkat negeri dalam kategori terbuka dan mula menyertai peringkat kebangsaan sejak 2011, pada 2012 KGV RC berpeluang menyertai World Robot Olympiad dengan mendapat tempat ke-10. Kini KGV RC masih lagi aktif menyertai pameran dan pertandingan yang dijalankan di peringkat negeri dan kebangsaan. Doktor Muda Dr Muda diasaskan oleh Pn. Hajah Haliza bt Samian pada 2012. Pada tahun pertama penubuhan, aktiviti kelab lebih tertumpu kepada pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Pada 2013, pasukan Dr Muda telah menyertai Konvensyen Dr Muda Kebangsaan dalam acara koir dan menempa banyak kejayaan di peringkat daerah, hingga ke peringkat antarabangsa. Inovasi Inovasi merupakan satu unit yang baru ditubuhkan pada 2016 bertujuan untuk mencungkil bakat murid dan guru dalam melahirkan idea baru dalam bentuk produk atau bahan pdpc. Melalui unit ICT, Kelab Komputer di bawah kendalian Puan Norsalasiah binti Pilus telah berjaya memenangi tempat pertama peringkat kebangsaan dalam pertandingan Cooding at School 2016 bagi zon 1 dan menduduki tempat ketiga bagi peringkat alumni. Ini adalah pemangkin kepada kejayaan lain pada masa akan datang. Unit ini juga bertujuan menggalakkan kemahiran kreatif guru dan murid di bidang sains & teknologi, akademik, dan masyarakat. |